Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Khamis, 27 Disember 2012

BUBUR NASI CHEESE

Assalamualaikum, lm jg mummy x sempt nak update blog ni..bz Dgn masak2..jalan2.. Heheh..almaklumla, tok sik Danish datang JB, bl dah Tok sik balik..mummy sibuk Dgn tugas2 mummy yang banyak belum selesai, so pg ni mummy terrain Sikit..Bangun awal buat kuih apom gula Melaka, sambil2 mummy masak bubur nasi Danish..ni menu untuk Hati ini hokey..

Bahan2
Beras
Ayam
Labu manis
Sawi
Cheese
Kurma
Kismis
Badam

Cara2
Rebus beras sampi hancur, masakan isi ayam &labu. Rebus sampai empuk. Masakan kismis, badam,kurma.rebus seketika & masukkan cheese,kacau sampi cheese Laut & masukkan sawi, tutus API.bila Seljuk kisdar halus.

Khamis, 13 Disember 2012

BUHUN SUP SEGERA / MEEHOON SUP SIAM

Musim2 hujan ni kan, tekak mummy nak yang panas2 & berkuah jer. Nasi tu macam kureng sikit..smlm mummy dah kuarkan ikan & ayam dari icebox, tp x tau nak masak apa..so, tiba2 rasa nak makan meehoon sup siam. gugel la cari resepi..nah jumpa dah..kan mummy dah bg tau..resepii mummy skrg d hujung jari..ckp jer nak makan apa..kompem buleh buat..cuma rajin & malas jer..hehhehe..mummy rajin, tapi 2-3 hari nii danish x nak duduk srg2 bl jaga dari tido..tido pun setengah jam jer..nak buleh buat apa setengah jam tu?sempat sidai kain, kemas2 umah..kejap jer dah jaga si kecik ni..

Dalam kul 5ptg mummyy sms daddy kat opis, ty nak mkn nasi ker@ nak mkn meehoon sup siam..sb mummy dah masak bubur kacang, dah rebus kacang utk buat kuih kasturi aka kuih kacang..daddy said x mo mkn nasi..ok jer mkn apa yg mummy masak..

Perkara pertama dah tentu la cek resepi kan..ok, tgk bahan2 semua ada dalam peti ais..so mula la memotong memasak..ketong..ketang..ketong ..ketang..hahhaha mcm master chef jer masak..bunyi jo lebih..x de la..mummy masak syp2..takot danish bangun..sb baru sangat tido..kalau danish bangun..alamatnyer tunggu daddy balik la baru leh masak. ( time ni danish tgh tido..mummy curik2 update blog..skrg dah x mo tido buai..masuk buai jer melalak..die nak tido golek2 atas tilam..ikutkan je..demi sayang kan)


resepi bihun sup siam
(utk makan 3-4 0rang)

bahan-bahan
bihun (ambil 1/4 jer. kann ade keping2..ambil sekeping redam)
isi ayam - potong kecil
fish ball/fish cake - (x letak sebab x de dlm icebox mummy)
kiub ayam seketul
sawi
kubis (optional)
tomato 1 biji
carrot
telor (suka hati nak berapa biji. bole goreng mata @ masuk terus dalam kuah)
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
lada sulah ajishio
cili padi

Cili kicap

rebus bihun. ketepikan (boleh juga terus masukkan bihun yang di rendam dalam kuah)

Cara2
1.Kisar bawang besar & putih. Panaskan minyak, 
2. Tumis bahan yang di kisar. naik bau, masukkan ayam.masukkan air. bila air mendidih, masukkan kiub ayam. kacau sebentar 
3. Masukkan sayur carrot. ketuk 5 biji cili padi, masukkan dalam kuali.
4. masukkan lada sulah, garam & perasa
5. masukkan sawi, tomato& kubis. tutup api


Isnin, 3 Disember 2012

BUBUR NASI

Bubur nasi danish yang mummy buatkan semalam. apa rasanyer?bagi mummy la, kalau ikan bilis tu digantikan dengan ayam lagi best kot..sebab mummy x suka bau ikan bilis tu..Opppss bukan mummy x makan ikan bilis tau..tapi untu bubur nasi danish ni mummy rasa ikan bilis tu x best la bau die..nanti kita cuba ganti dgn ikan segar ke..mungkin sedap kot.

Ikan bilis
(Mummy buang tulang yang kat tengan tu, cuci bersih & rendam semalaman untuk hilangkan masin)
 kISMIs
7 biji
 bADAm
2 biji

 bERAS
2 sudu yang dah di kisar

 lOBAK MERAH
2 inci

 kURMA
sebiji

 sAWI
1 pokok

tOMATO
1/2 biji

Cara mummy

rebus beras yang dikisar, beras hancur masukkan ikan bilis, kurma, badam & kismis. rebus sehingga air agak kering, masukkan tomato. biarkan seketika, masukkan sawi & tutup api. masa masuk sawi tu kacau2 kejap jer..jgn bagi sawi tu berubah warna..nanti lecur sangat hilang zat. bila dah sejuk kisar & tapis.

PURI EPAL MERAH, PEAR & BUBUR NASI

Masa danish belom lagi 6 month, mummy selalu buat puri buah epal, pear & bubur nasi. masa ni mummy belom bagi danish makan sayur , ikan & ayam lagi.

 Buah Pear (pilih yang lembut & manis)

 Buah epal (Pilih yang manis)

Beras
(Danish mummy guna beras apa yang mummy & daddy makan jer, Jasmine Basmathi)

Cara2
 Rebus beras sampai jadi bubur. Sementara menunggu bubur hancur, kupas kulit epal & pear. Potong buah kecil2. Apabila beras dah hancurr, air didalam bubur jangan sampai kering,masukkan buah epal & pear ke dalam bubur nasi tadi. rebus sampai air kering. Apabila bubur dah sejuk, kisar sampai hancur. Tapis dulu ok, sebab takot ade serat2 buah tu. time ni danish belom 6 month so apa jua yg di kisar mesti di tapis dahulu. supaya tekstur makanan tu lembut.


 Mummy Xcited lebih, 1st time buat puri utk danish

 1st time makan. sampai bekas tu pn danish nak giget

Marah katt mummy sb lambat suap

PURI MANGGA & EPAL MERAH


bUAH mANGGA MASAK (pastikan mangga manis ok)

Buah epal merah
(kalau boleh ty tukang jual tu epal mana yang manis)

Buah mangga & epal yang dah siap dipotong kecil

Cara2

Kupas kulit mangga & potong kecil2 (letak sebelah)
Kupas kulit epal & potong kecil2, masukkan dalam periuk, isi kan sedikit air&rebus sampai air kering.
Bila epal dah sejuk, kisar bersama mangga.
Siap puri untuk di makan.

memang sedap puri mangga & epal ni

PURI PISANG

Mummy selalu buat puri pisang ni untuk danish. Biasala pisang kan manis, memang sedap & laju jer danish makan. Puri pisang ni mummy akan buat bl tgk danish susah nak poopoOO..so, bl kn jer pisang ni senang sikit la danish nak membuang.

Cara2
Pisang (suka hatila pisang apa pn. mummy gn pisang ni sebab pisang ni jer selalu jual kat kedai mamak depan tu.)
Ok, buang kulit pisang tu dl ok, lepas tu potomg kecil2 supaya senang nak kisar nanti.
lepas tu, masukkan pisang & sedikit air dalam blender, kisar halus.
dah siap.


 pISANG 

 SeBIJI pisang yang dah di potong kecIL

PurI pisang dah siap

Jumaat, 30 November 2012

BUBUR NASI

Salam Jumaat yang penuh barakah. Dengan harapan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Amin

Hari ni mummy buat bubur nasi untuk danish. kali ni untuk mempercepatkan proses merebus nasi, mummy ambil 3 cawan beras, cuci sampai bersih dan toskan airnye. Bila beras dah kering, goreng beras bersama daun pandan. Jangan la goreng sampai beras tu perang ok..agak2 air dah kering tu tutup la api. lepas tu, mummy blender jer beras tu. jangan blend sampai hancur..agak2 beras tu pecah2 sudah la..& simpan dalam tupperware..Bila nk masak jer, ambil 2-4 sudu, masukkan air..rebus sampai jadi bubur. Ok, itu cara mummy.

Menu untuk hari ini :
Cara-Cara:

1. Rebus beras 2 sudu besar (boleh 2-4 kali makan)
2. Bila beras dah hancur, masukkan ayam, lobak merah, kismis & Buah badam.
3. Bila ayam dah empuk, biarkan air rebusan kering, masukkan bayam & Tomato.
4. Gaul sebati, jgn lama sangat tau..tak nak nanti bayam lecur. hilang zat nye.
5. Tunggu sejuk & Kisar halus. Tapis.
6. Siap. boleh makan.

 TOmaTo


 BeRaS


 LobAK MEraH

KisMIs


 BayaM


 AyAM


BuaH baDAM

Dah siap ok, semangkok anak mummy makan..sele betul die mamam kan..

ENFALAC A+ until 1 year

Sebelum ni mummy ade bg tau kan..danish genap masuk 6 month, mummy nak tukar susu ke step 2..dari enfalac A+ ke enfapro A+. Genap sekotak (650gm) jer..lebih kurang 4 hari la..danish sempat minum susu enfapro A+ ni. 

Nak tau kenapa mummy tukar balik dari ENFAPRO A+ ke ENFALAC A+ semula? citernyer mcm ni, ms bli susu enfapro tu..dalam beberapa hari guna, daddy danish ade cakap dgn mummy, daddy kata susu Enfalac A+ lagi banyak DHA daripada Enfapro A+. Biasa la, mummy kan degil..apa pn mummy jer yang betul..mummy said, Enfapro tu ade makanan lengkap utk baby 6 month keatas..so daday pn diam la..tp mummy janji dgn daddy nt mummy google tgk betul ke x.

Bila susu enfapro A+ danish dah nk habis..baru mummy sibuk2 dok gugel mengenai perbezaan susu enfalac A+ & susu enfapro A+. so mummy dah dapat jawapan. Betul cakap daddy, DHA di dalam susu enfalac A+ lg banyak daripada susu enfapro A+. Patut la harga pn berbeza, enfapro A+ (650gm-rm56) murah sikit dari enfalac A+.(650gm - rm69.00). Susu ni berbeza harganya di pasaran. Ade setengah cakap kat sensei lagi murah. boleh dapat dalam rm65 utk 650gm. Hr tu daddy beli kat kedah 12 kotak.. so dapat lagi murah..tak sampai rm60 sekotak.

Berapa lama susu ni tahan? urmmm utk danish, susu enfalac A+  tahan dalam 7 hari jer, dalam sebulan tu 5 kotak la juga spare utk susu danish,

 Gud bye enfapro A+


Yeay  Danish dapat balik enfalac A+
mummy nak kasi minum sampai 1 yr.

Ahad, 25 November 2012

PURI BETIK


Buah betik. Mummy gn 1/4 jer. Betik pn x besar sgt..sebiji dl Rm 3

Puri yang dah siap.

Untuk puri betik ni, x payah rebus@ stim ok, betik bersifat lembut..Just lecek@ kisar jer buah ni sampai halus. Terus boleh makan. Mummy x simpan puri betik ni dlm freezer, buat semangkuk untuk sekali makan..kalau ibu yang bekerja tu boleh la buat byk2 & simpan dalam freezer..TP untuk Mummy lebih suka buat bl nk bagi danish makan..sangat fresh..

BUBUR NASI DANISH



sayang mummy

DURIAN CREPE MUMMY

Assalamualaikum, semalam..bangun pg2 jer..tekak Mummy terasa sgt nk Mkn Durian CREPE..nk oder dgn member mummy kat skudai..mcm mls jer nk pickup nanti..hati Mummy ni dok meronta ronta nak buat..time tu daddy g bli sarapan..so terus Mummy sms daddy bli brg2 durian CREPE..lambat woooo Mummy & daddy sarapan..ye la..daddy g kedai jual brg2 bakery kat uda nun..mau x lambat nyer..blik tu daddy singgah bli durian Pulak kat @mart..mak aiiiii..daddy bli durian mcm nk buat Biz CREPE ni jer..daddy bli yg belom kopek..yg dh siap kopek..nahhhh Mummy nk buat sgt..huhuuhuuuu..

So misi Mummy pn bermula..dah siap semua.mummy pn cuba la nk dadarkan CREPE tu dlm kuali biasa, almaklumla..stok kuali non stik tu..x de dlm gobok Mummy..x tau hilang p mana..ni pindah randah py psl la ni..sampi Mummy lupa dok dlm kotak mn..

Ok, utk dadar CREPE ni Mummy ambil kuali biasa tu..Mummy dadar...bukan Mummy derhaka pd resepi, TP Mummy dok membayangkan ala, mcm kita buat ketayap..roti jala tu..mudahkan? Gn kuali basa pn bole..hahahaaaa...experimen Mummy x tepat..CREPE tu jd x cantik looooo..so Mummy buat experimen lg..

Mana g pengukus Mummy?aahhh dh jumpa..so Mummy try buat mcm kulit laksam tu...huhuhu..talak jd loooooo..tu la..wa sudah ckp..lu Jgn itu derhaka pd lesipi maaaa...hahaaaa..

Last2 Mummy kol daddy yg kat opis..ty nk blik kul brape?ckp dgn daddy, Mummy nk jg kuali non stik tu..so daddy ckp x pe, jap g daddy bli..nk saiz apa?alahaiii..susah yer nk ckp..kalau g bli sndr kn sng..sb Mumy pn x tau saiz apa..yg Mummy tau..x nk besar sgt..x nk kecil sgt..so yang daddy bli tu ok la..elok2 jer saiznye.

Ok, Mummy dh try, wowwwww..memg jd..cantik kulit CREPE tu..secantik kulit Mummy..hahaaa..
Okey la, ni Ha resepi nyer..

Bahan2
4 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar tepung kentang
1 tin susu cair
250ml air
2 biji telur
1 sudu teh Esen vanila
1 1/2 sudu besar gula 
1 sudu teh garam
Pewarna kuning

3 sudu besar mentega cair

Filing
Isi durian
Fresh cream- putar sehingga creamy.

Satukan bahan diatas, kecuali mentega, kisar sebati. Simpan di dalam peti ais 1 jam. Keluarkan dari peti ais, masukkn mentega cair, dadarkan adunan tersebut. Angkat, lapiskan cream,isi durian&cream. Balut seperti di dalam gambar. Siap..leh makan..


ni la rupa crepe yang dah siap di dadar, letak cream, isi durian & cream.

pandangan dalam durian crepe

Yang ni time menggatal..sj2 buat simpan dlm freezer..makan sejuk2 sedap.

Selasa, 20 November 2012

LAKSA KEDAH / PENENG

Atas permintaan kawan mummy, kat sini mummy tulis resepi laksa versi mummy ok

LAKSA KEDAH / PENENG
untuk makan 4-6 orang

Laksa 1 paket
Ikan kembung @ Sardin 2kg
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili Kering Kisar 1 senduk
Setengah inci belacan
Asam keping
Daun Kesum
Bunga kantan
Sardin 1 tin kecil@sedang 

BAHAN TABUR
Timun
Bawang Besar
Cili Padi
Daun salad
Daun selom (optional)
Telur rebus

CARA-CARA
1. Rendam laksa setengah jam & rebus sampai empuk.
2. Rebus Ikan yang dah di siang & cuci bersih. Masukkan garam & 10 keping asam keping
3. Perisi Isi ikan (Asingkan tulang & Isi)
4. Kisar Isi ikan sampi halus, masukkan dalam periuk besar 
5. Kisar Tulang ikan & tapis dan tuangkan dalam periuk tadi, letak periuk atas api
6. Masukkan cili kisar, belacan, bawang besar, bawang putih yang telah di kisar
7. masukkan daun kesum, bunga kantan, garam, gula & bahan perasa.
8. Masukkan sardin tin.
9.masak hingga mendidih.

BUBUR NASI DANISH

Bila danish dah masuk 6 month, mummy dah mula bagi bubur nasi di campur dgn ayam..sblm ni mummy sediakan bubur nasi bersama buah sahaja untuk danish.
 BADAM

 BROCCOLI

 BERAS

 KISMIS

 BAYAM

AYAM

 DAH SIAP BUBUR YANG D MASAK

 LEPAS BLENDER, TAPIS YER..

TA DAAAAAA...gendang gendut tali kecapi, keyang perot saya suka hati..
Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY