Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, 8 Mac 2013

CIRIT BIRIT & CARA MENGATASI

Apa itu cirit birit ?
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan cirit-birit sebagai pembuangan cecair atau najis cair yang terlalu kerap, sekurang-kurangnya 3 kali dalam masa 24 jam. Cirit-birit akut merupakan salah satu dari masalah yang sering dialami oleh kanak-kanak. 

Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak membuang air besar lebih kerap dari biasa dan najisnya cair.Ia boleh disebabkan oleh beberapa kemungkinan seperti tidak mengamalkan kebersihan diri yang baik, mengambil makanan dan air yang telah tercemar dan keadaan persekitaran yang tidak terjaga dan kotor. Ia juga merupakan salah satu dari punca utama penyakit dan kematian di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Cirit-birit mudah menjangkiti kanak-kanak terutamanya bayi yang berusia antara 6 - 12 bulan yang tinggal di persekitaran yang kotor dan juga bayi yang berusia di bawah 6 bulan yang diberi susu botol.


Bagaimana boleh perjelaskan lagi mengenai cirit-birit ini?
Cirit-birit ialah satu keadaan di mana kanak-kanak mengeluarkan najis yang cair yang abnormal berulangkali berbanding dengan keadaan biasa. Ia boleh diselangi dengan muntah-muntah dan kadang-kadang tidak. Pada amnya, ia berpunca dari virus atau bakteria.

Kuman-kuman ini boleh merebak melalui air, makanan, tangan, perkakas-perkakas seperti pinggan mangkuk, lalat dan kotoran yang melekat pada kuku jari.

Bagaimana cirit birit berlaku ?
Bakteria boleh menyebabkan cirit-birit melalui sekurang-kurangnya 3 cara:
1. Penghasilan enterotoksin (bahan beracun yang mempunyai kesan buruk ke atas saluran gastrousus yang boleh 
menyebabkan muntah, cirit-birit dan sakit abdomen) yang merangsang rembesan elektrolit (kepekatan ion-ion 
yang terpisah dalam edaran darah) yang aktif ke dalam usus.

a. Serangan bakteria yang boleh merosakkan lapisan mukosa usus (pengalas membran yang lembap 
dalam saluran gastrousus).
b. Penusukan bakteria yang menyerang lapisan mukosa tetapi ia tidak menghasilkan ulser pada mukosa 
usus secara besar-besaran.
c. Kanak-kanak juga boleh mendapat cirit-birit tanpa diserang oleh apa-apa jangkitan, seperti 
disebabkan oleh alahan terhadap makanan tertentu dan alahan laktosa. Dalam keadaan ini, badan 
menghasilkan sejumlah kecil laktase. Laktase merupakan sejenis enzim yang terdapat di dalam usus. 
Ia mencernakan laktosa (sejenis gula yang terdapat di dalam susu atau hasil susu). Apabila laktosa 
tidak dapat dicernakan oleh laktase, ia menapai dan menyebabkan cirit-birit.


2. Cirit-birit juga boleh berlaku disebabkan kesan dari pengambilan ubat-ubat tertentu. Ubat-ubat tersebut 
terutamanya antibiotik yang digunakan untuk merawat ramai kanak-kanak yang menghidap jangkitan saluran 
pernafasan, saluran kencing atau jangkitan-jangkitan lain. Hampir 40% dari kanak-kanak ini mendapat 
cirit-birit dipercayai disebabkan oleh gangguan imbangan kehidupan bakteria-bakteria penting dalam usus 
kanak-kanak kerana penggunaan antibiotik tadi*.

3. Gangguan-gangguan gastrousus yang lain termasuk keadaan seperti penyakit keradangan usus (seperti 
penyakit Crohn.s) dan sindrom gangguan usus (Irritable Bowel Syndrome). IBS selalunya berlaku apabila 
kanak-kanak mengalami stres atau tekanan disebabkan sesuatu masalah keluarga.

Apakah yang menyebabkan cirit-birit ?
Cirit-birit boleh disebabkan oleh banyak faktor yang berkemungkinan tidak mempunyai kaitan dengan saluran gastrousus. Biasanya, ia disebabkan oleh bakteria, virus atau parasit dari tangan, makanan, susu, air ataupun botol susu yang kotor dan tercemar dan masuk ke dalam badan melalui mulut. Kajian-kajian telah menunjukkan terdapat banyak bakteria, virus dan parasit patogenik yang telah dikenalpasti sebagai penyebab cirit-birit. Dua masalah utama cirit-birit yang boleh membahayakan kanak-kanak ialah dehidrasi (kekontangan) dan kematian. Kematian yang berpunca dari cirit-birit adalah disebabkan oleh dehidrasi (kehilangan air dan garam dalam badan). Kira-kira 10% dari kes cirit-birit yang mengalami dehidrasi berpunca dari kehilangan air dan elektrolit yang berlebihan. Seorang kanak-kanak tidak boleh hidup jika ia kehilangan terlalu banyak air dan garam dari badannya, melainkan kehilangan itu digantikan.

Seorang bayi akan menjadi lemah dan kekurangan zat makanan atau malnutrisi jika ia mengalami cirit-birit yang berulang-ulang. Keadaan akan menjadi lebih teruk jika si ibu berhenti menyusui bayi dengan susu badan atau berhenti memberikan makanan semasa ia mengalami cirit-birit. Bayi yang kekurangan zat makanan mudah diserang cirit-birit dan serangan ini akan menjadi bertambah serius.

Apakah faktor yang meningkatkan risiko cirit-birit ?
Faktor-faktor yang boleh menyebabkan cirit-birit termasuklah:-
� Kanak-kanak yang lemah dan sering sakit di mana ketahanan semula jadinya menjadi lemah akibat serangan 
penyakit yang berulang-ulang.
� Kanak-kanak yang datang dari keluarga yang miskin, di mana pemakanan hariannya mungkin kurang berkhasiat 
dan selalunya dikaitkan dengan kebersihan diri yang tidak terjaga.
� Teknik memberi makan yang tidak betul:
� Kepekatan makanan yang tidak betul - jika terlalu pekat, boleh menyebabkan cirit-birit osmotik (iaitu 
penyerapan cecair dari usus) dan memburukkan lagi cirit-birit yang dihidapi.
� Makanan yang terlalu cair dan kekurangan nutrien atau zat makanan.



Apakah gejala-gejala cirit-birit ?
Gejala-gejala adalah seperti berikut:
� Cirit-birit, satu gejala yang biasa.
� Kekejangan dan sakit pada bahagian abdomen.
� Sembab.
� Terasa loya dan muntah
� Terasa ingin segera membuang air besar.
� Demam.
� Najis mengandungi darah.
 Dahaga
� Hilang selera makan


Setiap kanak-kanak yang mengalami cirit-birit berulangkali akan kehilangan sebahagian air dan garam dari badannya. Walau bagaimanapun, ianya bergantung kepada bagaimana keadaan cirit-birit itu dan kekerapan kanak-kanak itu membuang air besar. Jika kanak-kanak itu mengalami dehidrasi, ia memerlukan perhatian dan rawatan segera.

Dehidrasi atau kekontangan ialah satu keadaan di mana badan mengalami kekurangan cecair untuk berfungsi dengan baik. Keadaan ini merbahaya bagi kanak-kanak dan mereka perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan dari masalah kesihatan yang lebih serius.

Tanda-tanda dan gejala dehidrasi ialah:-
� Kanak-kanak itu cepat meragam.
� Terasa dahaga dan kurang membuang air kecil dan air kencingnya berwarna gelap.
� Mata kelihatan cengkung dan kering.
� Kelihatan lemah.
� Ubun-ubun melekuk (terdapatnya bukaan pada tengkorak kepala 
disebabkan penutupan tulang kranial yang belum sempurna), biasanya 
berlaku pada bayi yang berusia di bawah 18 bulan.
� Mulut dan lidah menjadi kering.
� Kulit berkedut dan kelihatan kering serta mengelupas.
� Bila kanak-kanak itu menangis air matanya tidak keluar.


Cirit-birit boleh jadi akut atau kronik.
� Cirit-birit akut biasanya dikaitkan dengan jangkitan bakteria, virus atau parasit. Ia juga boleh disebabkan oleh 
perubahan pada tabiat makan seperti alahan kepada makanan, kesan sampingan dari ubat-ubatan dan lain-lain. 
Kes cirit-birit akut yang sering berlaku adalah disebabkan oleh virus seperti Rotavirus dan Adenovirus*.

� Cirit-birit yang akut boleh jadi berair atau bercampur darah. Cirit-birit akut yang berair biasanya akan berakhir 
dalam masa kurang dari 14 hari dan bahayanya ialah ia boleh membawa kepada dehidrasi. Cirit-birit yang 
bercampur darah kadangkalanya dikenali sebagai disentari. Ia juga boleh menyebabkan dehidrasi tetapi yang 
paling bahaya ia boleh membawa kepada kerosakan usus, penurunan berat badan dan kekurangan zat makanan.

� Cirit-birit yang kronik biasanya dikaitkan dengan ketidakaturan fungsi badan seperti Sindrom Gangguan Usus (IBS) atau penyakit seperti Coeliac Disease. Ia biasanya mengambil masa lebih dari 3 minggu. IBS contohnya, disebabkan oleh pengecutan otot yang keterlaluan di dalam saluran usus. Ia berlaku hingga berbulan-bulan atau bertahun.** 

Kadangkala kanak-kanak yang menghidapi IBS ini mengeluarkan najis bersama-sama mukus. Walau bagaimanapun, kebanyakkan cirit-birit yang kronik ini tidak begitu serius. Ia boleh dikawal melalui pengubatan.


Apakah komplikasi yang boleh berlaku akibat cirit-birit?
Dua keadaan cirit-birit yang merbahaya ialah dehidrasi dan kekurangan zat makanan. Kebanyakan bayi yang mati adalah disebabkan oleh dehidrasi iaitu kehilangan cecair dan garam dalam badan.
Apakah ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan penyebab cirit-birit?
� Sampel najis boleh dihantar ke makmal untuk menentukan jenis kuman yang 
menyebabkan cirit-birit. Jika ini 
boleh dilakukan ia merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi jika cirit-birit 
hanya sederhana ia boleh dirawat di rumah sahaja.
� Cuma sebahagian kecil kanak-kanak sahaja yang memiliki kuman bakteria 
seperti Campylobacter, Salmonella, Shigella atau E.coli dikesan dari najis 
mereka.
� Kebanyakan kes cirit-birit di kalangan kanak-kanak disebabkan oleh kuman 
virus seperti Rotavirus. Ujian ELISA (Enzyme Linked Immunosorbent Assay 
merupakan satu teknik ujian darah yang sensitif untuk mengesan antibodi 
tertentu dalam darah) boleh dijalankan untuk mengecualikan jangkitan 
Rotavirus yang biasanya berlaku dikalangan bayi.


Bagaimana kita boleh memantau seseorang kanak-kanak yang mengalami cirit-birit?
Kanak-kanak yang mendapat cirit-birit perlu diperiksa oleh seorang doktor dalam masa 12 jam setelah memulakan rawatan. Ini bagi memastikan masalah kanak-kanak itu dapat ditangani dan ia tidak kehilangan berat badannya terlalu banyak. Seorang ibu seharusnya mengetahui bagaimana hendak menguruskan anaknya dalam keadaan begini. Rawatan dan kemajuan kanak-kanak tersebut perlu dipantau seperti berikut:

� Periksa dari masa ke semasa dan pastikan kanak-kanak tersebut mengambil 
larutan ORS dengan memuaskan. Jumlahnya perlu direkodkan.
� Amati tanda-tanda rehidrasi seperti kehilangan kekenyalan kulit, kelihatan 
semakin lemah atau pembuangan najis yang semakin kerap.
� Amati tanda-tanda pengambilan cecair yang berlebihan seperti 
kebengkakan kelopak mata.

Rawatan tanpa menggunakan ubat-ubatan.
Langkah paling penting untuk merawat cirit-birit di kalangan kanak-kanak ialah mengganti air dan garam melalui mulut bagi mengelak dari masalah dehidrasi. Untuk mengatasi komplikasi ini, cuba berikan larutan Garam Rehidrasi Oral (ORS) kepada bayi anda seawal yang mungkin untuk menggantikan kehilangan cecair dan garam dalam badan bayi. Kaedah ini penting untuk menyelamatkan bayi. ORS digunakan bukan untuk mengelak atau menghentikan cirit-birit tetapi ia dapat mengelakkan bayi dari kehilangan banyak cecair dan garam dalam badannya. ORS merupakan penyelesaian yang terbaik untuk mengatasi cirit-birit.

Jika paket larutan ORS tidak ada, anda boleh menyediakan larutan ini sendiri dengan menggunakan air, gula dan garam. Cara membuatnya adalah seperti berikut:-
1. Ambil 1 liter air telah dimasak (lebih kurang 5 cawan)
2. 1 sudu kecil garam
3. 8 sudu kecil gula
4. Kacau sehingga gula larut ke dalam air
5. Berikan anak anda minum sedikit demi sedikit.


Minuman yang sesuai untuk mencegah dehidrasi semasa kanak-kanak menghidap cirit-birit ialah:
� Garam Oral Rehidrasi (ORS)
� Susu ibu
� Kanji (campuran cair bijirin yang telah dimasak dan air)
� Sup
� Air nasi (air didih)
� Air buah-buahan
� Teh cair
� Air kelapa muda
� Sekiranya minuman di atas tidak dapat diperolehi, kanak-kanak boleh diberi 
air masak yang sejuk

Catatan: Jumlah yang perlu diberikan ialah antara suku atau separuh cawan besar untuk kanak-kanak di bawah umur 2 tahun. Berikan sedikit demi sedikit tetapi lebih kerap. Jika kanak-kanak tersebut muntah, tunggu selama 10 minit kemudian cuba berikan semula larutan tersebut.

Apabila bayi yang masih menyusu susu ibu mengalami cirit-birit, ibu perlu meneruskan pemberian susunya kepada bayi tersebut dan seboleh-bolehnya berikan dengan lebih kerap. Jika bayi anda tidak boleh menghisap, sebaik-baiknya perahkan susu anda dan berikan bayi anda minum menggunakan cawan dan sudu yang bersih. Penyusuan susu ibu yang lebih kerap dari biasa, dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan kerana susu ibu dapat meningkatkan ketahanan bayi melawan jangkitan. Berikan juga ORS di antara penyusuan tersebut. Berikan penyusuan tambahan selepas cirit-birit berhenti.

Jika bayi tidak lagi menyusu susu ibu, berikan larutan ORS sama jumlahnya dengan penyusuan biasa dan berikan air yang telah dimasak di antara pemberian ORS. Selepas 6 hingga 8 jam, bayi boleh diberi minum susu separuh pekat. Teruskan memberi anak anda larutan ORS selama 1 hingga 2 hari iaitu diberi di antara penyusuan harian sehingga cirit-birit sembuh. Apabila cirit-birit berhenti, teruskan penyusuan anak anda seperti biasa.

Peringatan:
� Sekiranya anak anda tidak menunjukkan sebarang perubahan atau keadaan 
dehidrasinya semakin teruk, anda dinasihatkan membawa anak anda ke 
klinik/ hospital yang berhampiran dengan segera. Sementara itu, teruskan 
memberi anak anda larutan ORS.

� Hentikan pemberian larutan ORS jika mata anak anda kelihatan bengkak. 
Teruskan penyusuan, berikan air suam atau susu pada anak anda. ORS 
boleh diberi semula jika bengkak pada matanya telah hilang dan masih 
mengalami cirit-birit.

� Kanak-kanak yang mengalami cirit-birit dan mengambil larutan ORS perlu 
diperiksa oleh anggota kesihatan. Bawa anak anda ke klinik atau hospital 
segera.

Jika terdapatnya tanda-tanda dehidrasi yang serius, ini menandakan anak anda perlu segera dimasukkan ke hospital.

Rawatan menggunakan ubat-ubatan
Anak anda tidak perlu diberi sebarang ubat-ubatan untuk cirit-birit yang dihadapinya, kecuali atas nasihat doktor. Jangan berikan ubat antibiotik kepada kanak-kanak yang dirawat di rumah. Ini kerana antibiotik tersebut boleh menimbulkan kesan sampingan dan ditakuti boleh memburukkan lagi keadaan cirit-birit itu.

SUMBER: http://www.sioloon.com/t8626-cirit-birit-dikalangan-kanak-kanak

DEHIDRASI DAN RAWATAN PENCEGAHAN


Tubuh manusia memerlukan air untuk mengekalkan darah dan cecair-cecair lain secukupnya bagi membolehkannya berfungsi dengan sempurna. Di samping cecair badan, tubuh juga memerlukan bahan elektrolit, yang terdiri daripada garam yang lazimnya terdapat di dalam darah, cecair tubuh yang lain dan sel-sel. Dehidrasi merupakan kehilangan air dan garam daripada badan. Dalam bahasa Malaysia secara umumnya, ia boleh dimaksudkan sebagai kekontangan. Badan kita boleh kehilangan cecair melalui pelbagai cara. Antaranya ialah:

    * Ketika membuang air kecil.
    * Semasa muntah atau mengalami cirit-birit.
    * Ketika berpeluh.
    * Melalui paru-paru semasa bernafas.

Jika badan kehilangan sejumlah besar cecair dan garam dan tidak digantikan dengan segera seperti meminum air, badan akan kekeringan atau kekontangan. Walaupun sesiapa sahaja boleh mengalami dehidrasi, golongan yang paling mudah mengalami masalah ini ialah:

    * Bayi yang berumur di bawah 1 tahun.
    * Warga tua.
    * Mereka yang mengalami demam.
    * Penduduk yang tinggal di kawasan beriklim panas.

Semasa mengalami cirit-birit, kehilangan air dan elektrolit (Natrium klorida, Potasium dan Bikarbonat) dalam najis yang cair akan meningkat. Air dan elektrolit juga akan hilang melalui peluh, muntah, air kencing dan pernafasan. Dehidrasi berlaku apabila kehilangan ini tidak diganti secukupnya dan kekurangan air serta elektrolit terjadi. Dehidrasi yang teruk boleh membawa maut. 

Apakah Gejala Dehidrasi?
  • Muka menjadi merah    
  • Tekanan darah rendah
  • Teramat dahaga     
  • Pengsan
  • Kulit menjadi kering dan panas     
  • Pengecutan otot yang teruk di bahagian kaki, lengan, perut dan belakang badan.
  • Tidak dapat membuang air kecil atau jumlah air kencing berkurangan dan berwarna kuning pekat     Sawan
  • Pening, lemah, sakit kepala     Mata cengkung dan kering
  • Mulut dan lidah kering dengan air liur yang pekat     
  • Kulit hilang keanjalannya dan kelihatan berkedut.
  • Kekejangan di kaki dan lengan     
  • Penafasan menjadi cepat dan dalam
  • Sedikit atau tiada air mata ketika menangis      
Bagaimana dehidrasi dirawat? 
Garis panduan untuk cirit-birit di kalangan kanak-kanak:

    * Untuk cirit-birit tanpa dehidrasi, berikan kanak-kanak makanan seperti biasa dan berikan cecair rehidrasi tambahan dalam masa 4-6 jam selepas berlaku cirit-birit.
    * Untuk cirit-birit dengan dehidrasi yang ringan, bawa anak anda berjumpa doktor. Kanak-kanak perlu diberi cecair rehidrasi oral (melalui mulut) di bilik rawatan dan meneruskan memberi makanan dan cecair rehidrasi di rumah.
    * Untuk kes cirit-birit yang sederhana atau teruk, kanak-kanak perlu dirawat di klinik atau hospital. Dehidrasi yang sederhana boleh dirawat secara oral (seperti memberi cecair rehidrasi melalui mulut). Tetapi dehidrasi yang teruk memerlukan gantian cecair melalui intravena atau salur darah. Memberi ubat anti cirit-birit bukanlah rawatan yang terbaik untuk kanak-kanak.

Makanan boleh membantu usus menyerap lebih banyak air dan ini akan membantu memperlahankan cirit-birit. Makanan seimbang yang tinggi kalori adalah disyorkan. Produk atau hasil susu yang sukar dihadam boleh bertahan untuk selama 24-48 jam ketika berlakunya serangan cirit-birit. Bagaimanapun, bayi yang menyusu dengan susu botol hendaklah diteruskan penyusuan dengan susu yang dibancuh separuh pekat dari biasa. Manakala bayi yang sedang menyusu dengan susu badan diteruskan seperti biasa. Jika anda mengalami dehidrasi yang ringan, anda perlulah meminum cecair yang mencukupi untuk menggantikan cecair yang telah hilang. Anda juga perlu menggantikan kehilangan elektrolit (garam) yang berlaku. Terdapat beberapa jenis ubat yang boleh dibeli dari kedai farmasi bagi menambahkan cecair dan elektrolit (garam). Anda juga boleh meminum minuman sukan (isotonik) atau mengambil larutan garam rehidrasi oral (ORS) dengan segera untuk menggantikan kehilangan tersebut. Jangan menunggu sehingga dehidrasi menjadi teruk. Formula larutan garam rehidrasi (ORS) yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan UNICEF mengandungi:
Natrium klorida BP     -     526mg           larutkan di dalam 250ml air masak yang sejuk dan kemudiannya diminum.
                 
Trisodium klorida BP     -     490mg    
                 
Potasium klorida BP     -     373mg          
                       
Glukosa anhidros BP     -     5.4gm          
                       
Apakah makanan yang baik yang boleh diambil ketika cirit-birit?

    * Makanan yang tinggi tenaga seperti lemak, dadih dan bijirin adalah mudah diserap ketika cirit-birit.
    * Buah-buahan yang tinggi kandungan potasiumnya adalah baik untuk dimakan bagi mengembalikan semula keperluan bekalan yang berkurangan ketika cirit-birit. Buah-buahan tersebut ialah seperti pisang, mangga, nenas dan buah-buahan jenis oren.
    * Sesetengah makanan perlu dielakkan ketika mengalami cirit-birit seperti makanan yang mengandungi banyak serat iaitu buah-buahan yang banyak serabut dan sayur-sayuran, bijirin tulen dan makanan pedas atau berempah.

Ibu-ibu perlu mengetahui:

    * Untuk bertindak segera apabila berlakunya cirit-birit dengan memberi lebih banyak minuman yang bersesuaian.
    * Mengenali tanda-tanda dehidrasi yang perlu diberi larutan garam rehidrasi (ORS) atau penjagaan khas.

Jika ORS diberi lebih awal di rumah, kejadian dehidrasi biasanya boleh dicegah dan ramai kanak-kanak dapat diselamatkan dari menjadi lebih teruk sehingga mereka terpaksa dibawa berjumpa doktor untuk dirawat. Minuman yang boleh disediakan di rumah untuk mencegah dehidrasi:

    * Terutamanya sesuatu yang telah dimasak seperti air nasi atau sup lobak merah. Seboleh-bolehnya minuman ini hendaklah mengandungi kanji dan/atau gula sebagai sumber glukosa dan tenaga, sedikit Natrium dan kalau boleh sedikit Potasium.
    * Larutan garam/gula yang ringkas juga sesuai sebagai rawatan rehidrasi yang awal.
      Cara menyediakannya ialah dengan melarutkan campuran 1 sudu teh (5ml) rata garam bersama-sama 8 sudu teh rata gula dalam 1 liter air masak. Jangan masukkan terlalu banyak garam kerana ia boleh menyebabkan sawan.

Pencegahan

    * Perkara penting yang perlu dilakukan ialah sentiasa menggantikan semula cecair dan garam dalam badan yang hilang. Anda perlu minum setiap kali anda membuang air besar yang cair. Anda perlu memaksa diri anda meminum cecair sebelum terjadinya dehidrasi. Jika anda bersama seseorang yang anda fikir sedang mengalami dehidrasi, ikuti garis panduan ini bila perlu:
    * Berikan lebih banyak cecair dari biasa.
    * Ingat bahawa orang yang mengalami dehidrasi tidak mempunyai selera makan yang baik. Galakkannya mengambil sedikit makanan dan minuman 5-7 kali dalam sehari.
    * Awasi tanda-tanda dehidrasi yang lebih teruk dan dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

 SUMBER:http://sakitrawat.blogspot.com/2010_08_01_archive.html

DEMAM, CIRIT BIRIT & MUNTAH

Alkisah mengenai cirit birit ni..mummy pn ni la first time danish kena serangan cirit birit, muntah & demam..3 sekali tau!! parents mn yang x susah hati bila bintang hati sakit2 kan?.

selasa, 5/3/2013
Mulanya Danish terkena cirit birit ni..bl balik dari giant, so mcm biasa..danish dalam walker sementara mummy nak kemas2 barang yang di beli..mummy pn x sedar danish ter pooo pooo sampi basah pelapik walker..so bl mummy sedar. terus bawa danish masuk bilik air & bersih kan pooo poo terus mandi...alhamdulillah, okk jer time ni. sampi mummy bagi susu & danish tido. dalam kul 12 am angkat danish masuk bilik tido dgn daddy sebab mummy banyak keje lagi yg belom settle. kejap jer daddy panggil mummy..rupa2 nya danish muntah..habis semua bantal & sarung tilam.dah bersih semua tempat tido & tukar baju, danish dah x nak tido. asik nangis jer..mummy bawa tido luar..mummy takot danish panas, sb dalam bilik plug air cond rosak.

Bila tido kat luar ok jer, sampi kul 3 am mummy kasii susu. dah mula la muntah balik..mummy & daddy dah mula risau, tgkk jam awal lg..redakan semua, danish tido balik & pg tu..duduk jer atas mummy danish pooo pooo..habis kain mummy..so mummy kol daddy kat opis & terus bawa anak mummy g klinik. 

Rabu 6/3/2013
OTW nak kel klinik tu..dah separuh jalan danish pooopooo lg..rupa poo poo yg sangat cair. habis seluar & baju mummy. daddy berhenti kat petrol pump, bersih semua..& terus ke klinik..mummy cam ner? mummy terpaksa pakai seluar yang basah & baju basah kat bawah..sebab mummy terlupa nk bawa baju salin utk mummy..memang dok berkira kira nk bawa @ tak..takot jadi macam ni la..last2 terpaksa la mummy buka seluar dalam toilet petrol pump tu cuci & pakai semula (Pssssttt...nak tau mummy py underware pn basah terkena pooo poo danish. so tanpa underware mummy pakai seluar masa tu terus ke klinik.. lain kali kalau jd mcm ni memg kn bawa bj spare hokey!!!)

Bila dah doc periksa, katanya danish terkena jangkitan kuman. perut kembung. so doc bagi ubat muntah, cirit,angin,air garam & prolactor. sebelum ni kalau demam g klinik mesti dapat antibiotik so kali ni x de..nurse tu ckp prolactor ni makan sampai habis aaa, simpan dalam freezer & jgn makan apa2 sebelum & selepas ambil prolactor selama 1 jam. ok nurse..susu juga mesti kn tukar!! doc soh minumm susu tanpa laktose iaitu susu berasaskan soya. ISOMIL. doc kasi 3 paket sample & lps tu daddy g bli yg tin kecik.

susu isomil 

Oral Rehidration Salt
membantu menghilangkan cecair & garam di dalam badan.

balik umah tak tau mcm mn nak kasu danish makan prolactor ni..pas tu godek2 dalam plastik x de pulak cream yg doc cakap tu utk sapu di bontot danish..ye la melecet sebab asik pooo poo je..daddy pn gugel apa fungsi prolactror ni..mana la tau kot2 bukan utk makan ke..so lbh baik gugel dl..bl dah gugel..yeayy daddy dah jumpa. utk kepastian, mummy kol klinik ty mcm mn nak makan prolactor, sb nye kapsul tak kan nk bg danish makan tolak dgn air mcm tu kan..giloooo apo..

gambar ehsan gugel

ni gambar yag mummy snap

so meh kat sini mummy nak kongsi apa FUNGSI PROLACTOR

>sejenis suplement probiotik - PROBIOTIC brand PROLACTOR adalah sejenis bekteria baik yang melekat pada dinding usus, untuk menjadikan kita kuat & sihat. menggalakkan kesihatan yang baik & menghasilakn keseimbangan & membantu usus berfungsi dgn baik. so lpsni kalau anak2 cirit birit cepat2 la g beli probiotic ni ok. sebab bukan semua klinik yg bekalkan prolactor.

> Dalam travel paket ni ade 5 biji probiotik berbentuk kapsul. cara nak makan, mummy ambil 3ml air masak sejuk (tak boleh air panas /suam sebab nanti bekteria yg baik akan mati). masukkan dalam bekas kecil, buka  kapsul tu & masukkan serbuk ke dalam air kacau sampi larut & danish minum. (mummy guna picagari senang nak bagi makan. mula2 mummy x rasa pn, tp bila tgk danish munum mcm sedap jer, & dr gugel ade yang cakap ade perasa stawberry, so mummy try rasa..urmm sedap..yg ni rasa ala2 air barli. makan sehari sebiji jer.

>WAJIB simpan didalam freezer. kat dalam paket ni ade pek ais, spy bekteria kekal apabila di bawa travel. ye la dr klinik nak ke rumah tu suhu diambil kira kan. kalau bekteria tu mati, x de la fungsinye.

Khamis, 7/3/2013

Keadaan danish masih sama, masih lagi cirit birit,mutah & demam. so pg ni mummy & daddy nak bawa danish g klinik semula ambil ubat demam. sebab ms g klinik x dapat pn ubat demam. malam tu dah kasi ubat bontot keadaan still sama. suhu 38-39 tak nak turun langsung. makan & minum mumtah. so bagi minum air garam jer utk tambah tenaga. mummy rasa macamnk ajak daddy g spital je. tp daddy cakap tgu dl..sb danish x lembik,lesu sgt..masih lg cergas..hoohooo anak mummy memg kuat.

tgh hari sikit daddy g bli lagi ubat bontot. so patutla semalam masuk ubat bontot memang x de apa2 perubahan, rupanya ubat tu tak sesuai untuk danish. dos die sesuai utk baby kecik je. tp masa daddy beli tu, sale girls dah ty umo brape, tp x sesuai sebab berat danish mcm kanak2 besar..hehhe. daddy g farmasi lagi satu, die ty utk umo berapa & berat berapa so baru die kasi ubat. untuk danish 9 bulan, berat 10kg, dos mesti 250mg. masa baby dulu bole la 125 mg.
   sesuaiutk umur & berat danish. sekali jer masuk Alhamdulillah kebah demam nye

ni tak sesuai utk umur & berat danish

Jumaat 8/3/2013
Alhamdulillah, demam dah ok, muntah pn dah x de, cirit ade sikit2 terkincit je..hr ni dah dekat 5x. tapi sikit2 je. harap beransur pulih. pagi ni mummy gugel ade yg bg petua utk hilangkan cirit. mummy try juga petua2 ni..meh tgk

Petua menghilangkan cirit birit

>ambil satu sudu teh tepung gandum & larutkan dalam 1/2 cawan air. biar tepung mendak ke bawah, bole minum air tu. (mummy masukkan dalam botol utk sng danish minum)

> rebus kentang & lenyek kasi baby makan 


Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY