Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ahad, 25 Ogos 2013

KUAH ROJAK SEDAP

Haii, kesah kuah ojak pulak..kuah rojak ni mommy buat ms angah tunang kalau x silap..memang sedap la..ramai orang puji. so mlm ni mommy terpaksa meng google lagi sebab mommy x hengatt resepi nye..nak masak untuk  open house kat umah kak long 31hb ni. Alhamdulillah, nasib jumpa..sebab resepi ni sangat senang untuk dimasak sebab memang menggunakan sukatan bahan yang banyak sesuai untuk majlis kenduri kendara. so sekali mommy buat dah dapat seperiuk besar...Resepi mommy amik kat sini CHE MID...x puas juga..meh mommy tempek kat sini & terima kasih kpd penyumbang resepi.


Untuk seperiuk besar sos, ni kira boleh buat kenduri punya saiz manusialah..
Bahan-bahan:-

2 botol besar kicap Tamin
1 paket 250g cili serbuk baba
1 kg sos cili kimball
3/4 kg gula merah
1 kg gula putih
1/2 bekas kecil petis udang (cap 2 budak)
1/2 bungkus belacan cap kereta lembu yang bentuk bulat (direndam dan ramas hingga hancur)
sedikit garam
2 sudu besar bijan
2 cawan air
kacang tanah goreng yang telah ditumbuk/blend kasar-kasar. Kalau suka campur bijan yang telah disangan/goreng.
Cara-cara membuatnya:-
Masukkan air dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kicap. Kicap dah mendidih baru masukkan cili serbuk. Pastikan cili tidak berketul-ketul. Masukkan bahan lain satu persatu kecuali bijan. Apabla sos dah nak sebati dan betul-betul mendidih, baru masukkan bijan. kacau lagi atas api perlahan sehingga sos nampak berkilat.
Jangan risau, sos ni tahan lama. Kalau masuk dalam peti setahun pun boleh tahan.


PS> untuk rasa pedas, mommy blender sedikit cilipadi 

MAKANAN TRAVEL DANISH

Masa nak g bercuti tu mommy pening jg dok pikir nak bawa makanan untuk danish. Ye la, skrg anak mommy dah makan..bukan mcm dl..minum susu & nestum je..skrg nestum mn layan dahhh..

So mommy amik kptsn bw buah buahan..sn danish memg suka mkn buah. buah yg mommy bawa epal, anggur, pisang & mango. makanan lain untuk danish mommy bawa madu & oats.

 baby nak mamam!!
organic oat+mango+grapes&banana..sedap tau..mommy pn suka

KAMI DI PULAU TIOMAN

OK...sebenarnye cita ni dah basi..dah basi pun..sebelum ramadan bau2 ni kami sekeluarga bercuti ke Pulau Tioman,Pahang. Percutian kami selama 3H2M, alhamdulillah..menyeronokkan sebab sebelum ni x penah sampai lg pun ke pulau tu..asik dok dgr org cakap pasal air die yang cantik..dengan terumbu karang yang cantik..hadoiii membuatkan mommy terkinja-kinja nak pijak Pulau Tioman. Meh nak cite mcm mn perjalanan kami...

Chalet: booking kat salang Indah rm120/n
Feri: call booking rm35/sehala
Makan: sendiri. kalau g ramai better bawa la makanan cthnya sandwich ke..kat sana mcm mkanan ade..tpagak mahal la kan..mcm mommy hr tu bawa roti gardenia & 3 botol mineral besar..kat sana ade kedai runcit..korang x payah nak kesah..minyak yuyi pn ade jual sb mommy lupa bawa so bli je kat kedai runcit tu..

pstttt: tp makanan yg best malam last daddy blanje makan kat salang pusaka. perghhh sedap wehh..kalau korang g sana try la kat situ..kat sana walaupun korang tido kat chalet lain..nak makan kat tempat lain..x kesah..sebab dekat2 jer..lain la ygg amik pakage kan..kami pergi x guna pakage apa2..sb dgn dak tecik ni..mls nk ikot pakage..bukan x tahu kalau ade budak kecik..apa2 nak buat, first kn pikir die dl..

Seawal pukul 5pagi kami dah betolak dari Kempas,JB ke Jeti Mersing. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2jam. Kami sampi di jeti mersing jam 6.50pagi..So rileks2 kejap..breakfirtst..sb nak breakfirst kat jeti tu ade nasi lemak,mihoon,mee,nasi goreng ,roti canai..urmmm pilih la yg mn korang nak makan..not bad la, boleh la setakat nk isi perot yg kosong. Lepastu mommy siap2 bg lawa..tukar pakain danish..bg wangi2 anak mommy yg machemmmm tu..sb x mandi pagi..Danish nak g mandi kat Pulau Tioman okey!!!

Ok, korang kalau nk g jangan la p tunggu feri kat jeti yang sebelah kanan tu..g terus kat jeti sebelah kiri tu..kat situ la nanti kita nak naik feri. 

 yg bumbung ijau tu chalet kami. tapi kalau ade nak kecik/kanak2..sangat la x sesuai..bawah tu air laut&batu batan..tinggi tau!!
 ni hr first day!!! sampi jer kami ber3 tidoooo...kul 5 bangun baru cari makan & jenjalan pusing kawasan

 Jalan2 tgk ikan & terumbu karang yang sangat cantik & banyak d jeti

 Salang Pusaka Resort..tempat die kebelakang..jauh juga la dari laut

 Salang Indah..restoran yg sangat meriah kat kg salang ni.

 eh!!! Ehhh..mommy..tguuu

 cantikkan air laut die


 super daddy & super danish
 beenang jom sayang..nanti nk gg snockling

view depan chalet salang sayang

 jgn x tau tioman ni pn ade duti free shop

daddy tgh tgk menu@salang pusaka
Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY