ARTIKEL NI MUMMY COPY PASTE JER FROM MR GOOGLE
Amalan belah mulut didalam masyarakat Melayu masih lagi diamalkan sehingga hari ini. Memang amalan itu sebenarnya adalah salah satu perkara yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menyambut kelahiran anak yang dipanggil "tahnik".
Didalam bahasa Melayu tahnik bermaksud mengunyahkan kurma serta memindahkannya ke lidah anak yang baru dilahirkan. Cara melakukannya ialah dengan meletakkan kurma yang telah dikunyah di hujung jari kemudian memasukkan hujung jari itu perlahan-lahan kedalam mulut bayi yang baru dilahirkan. Jika tidak ada kurma boleh juga digantikan dengan benda manis yang lain seperti madu.
Namun memberi madu kepada bayi dibawah usia enam bulan adalah merbahaya terutama sekali jika madu tersebut diambil terus daripada sarangnya. Begitu juga madu yang dibotolkan sendiri dirumah tanpa mengetahui tahap kebersihannya.
Sebenarnya madu adalah makanan yang penuh khasiat dan banyak vitamin tetapi hanya untuk orang dewasa sahaja. Ia boleh menyebabkan kematian kepada bayi. Tapi kenapa ?
"Toksin botulin itu yang menyebabkan sesetengah otot bayi menjadi paralyzed. Setakat ini madu, corn syrup dan pemanis yang sediakan sendiri di rumah yang telah dikenal pasti adalah pembawa spora bakteria tersebut.
"Apabila bayi diberi makan madu yang telah dicemari oleh spora bakteria itu, ia tidak akan mati apabila berada di dalam perut bayi. Sebaliknya spora itu akan menetas, hidup, membiak dan mengeluarkan neurotoxin di dalam perut bayi,"
Kerana alasan itulah madu, corn syrup dan sebarang pemanis yang tidak dipiawaikan ataupun yang disediakan di rumah tidak boleh diberi kepada bayi di bawah umur 12 bulan.
Kuman clostridium botulinum yang ditelan bersama madu akan masuk kedalam usus kecil dan membiak di situ serta mengeluarkan toksin. Dan, toksin itulah yang akan masuk ke dalam aliran darah dan seterusnya ke bahagian urat saraf. Disitulah kesannya mula kelihatan dan akan nampaklah tanda-tanda botulisme.
TANDA-TANDA BOTULISME
Bayi yang sihat akan mengalami tanda-tanda ini jika diberi minum atau makan madu. Antara tanda-tanda yang kelihatan pada peringkat awal ialah sembelit yang luar biasa.
Selepas itu diikuti dengan bayi kelihatan letih. Tangan, kaki dan leher jadi lembik. Kepala hilang kawalan kerana leher lembik, demam, menangis yang lemah dan tidak mahu menyusu. Akhir sekali bayi akan mengalami kesukaran untuk bernafas.
"Kesan paling bahaya toksin botulin ialah apabila ia menyerang otot diaphragm. Apabila organ penting pernafasan itu lumpuh akan menyebabkan bayi sukar untuk bernafas. Keadaan yang lambat untuk mendapatkan rawatan, kemungkin besar bayi akan menemui ajal,".
Jika tanda-tanda itu kelihatan pada bayi, segeralah bawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Hanya rawatan di hospital saja yang dapat memulihkan kembali bayi.
Bayi yang mendapat botulisme perlu mendapatkan rawatan di hospital selama beberapa hari bergantung kepada tahap keseriusannya. Perhatian khusus perlu diberikan kepada pemberian nutrisi yang cukup dan rawatan paru-paru. Biasanya satu daripada empat kes botulisme yang dibawa ke hospital memerlukan bantuan penafasan.
BAGAIMANA MADU BOLEH DICEMARI?
Madu dicemari dengan bakteria ini adalah dari kotoran yang didapati di persekitaran. Lebah membawa bersama bakteria itu dari tanah dan habuk yang melekat di kaki hingga ke sarang.
Dengan bakteria yang melekat di kaki lebah itu maka terhasillah madu yang telah dicemari. Namun tidak semua madu yang dicemari dengan bakteria tersebut walaupun yang dibotolkan sendiri di rumah.
Misalnya madu dari Amerika Utara yang dihasilkan sendiri di rumah, telah diuji oleh ahli sains tidak dicemari dengan bakteria tersebut. Tidak ada siapa yang dapat menerangkan kenapa madu itu tidak dicemari. Susah untuk katakan bahawa semua madu adalah pembawa kuman clostridium botulinum. Jalan yang selamat ialah jangan beri bayi makan madu langsung.
NASIHAT
Makanan paling baik untuk bayi di bawah usia enam bulan adalah susu ibu ataupun susu formula. Namun yang terbaik sekali adalah susu ibu kerana tidak ada susu lain yang boleh menggantikan keistimewaan susu ibu.
Ikut peraturan pemakanan bayi yang betul, iaitu ikut umur di bawah enam bulan hanya sesuai dengan susu sahaja. Selepas enam bulan baru boleh beri makanan bijirin yang sesuai dengan umur.
Makanan bijirin bercampur madu yang dihasilkan mengikut piawaian kesihatan dan kebersihan adalah selamat dimakan. Namun demikian pemberian madu yang berlebihan masih tidak sesuai diberikan kepada bayi kerana ia manis dan boleh membawa obesiti.
Mummy&Daddy Sayang Aisy Aqil Danish