Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Ahad, 25 Ogos 2013

KUAH ROJAK SEDAP

Haii, kesah kuah ojak pulak..kuah rojak ni mommy buat ms angah tunang kalau x silap..memang sedap la..ramai orang puji. so mlm ni mommy terpaksa meng google lagi sebab mommy x hengatt resepi nye..nak masak untuk  open house kat umah kak long 31hb ni. Alhamdulillah, nasib jumpa..sebab resepi ni sangat senang untuk dimasak sebab memang menggunakan sukatan bahan yang banyak sesuai untuk majlis kenduri kendara. so sekali mommy buat dah dapat seperiuk besar...Resepi mommy amik kat sini CHE MID...x puas juga..meh mommy tempek kat sini & terima kasih kpd penyumbang resepi.


Untuk seperiuk besar sos, ni kira boleh buat kenduri punya saiz manusialah..
Bahan-bahan:-

2 botol besar kicap Tamin
1 paket 250g cili serbuk baba
1 kg sos cili kimball
3/4 kg gula merah
1 kg gula putih
1/2 bekas kecil petis udang (cap 2 budak)
1/2 bungkus belacan cap kereta lembu yang bentuk bulat (direndam dan ramas hingga hancur)
sedikit garam
2 sudu besar bijan
2 cawan air
kacang tanah goreng yang telah ditumbuk/blend kasar-kasar. Kalau suka campur bijan yang telah disangan/goreng.
Cara-cara membuatnya:-
Masukkan air dalam periuk. Biarkan mendidih baru masukkan kicap. Kicap dah mendidih baru masukkan cili serbuk. Pastikan cili tidak berketul-ketul. Masukkan bahan lain satu persatu kecuali bijan. Apabla sos dah nak sebati dan betul-betul mendidih, baru masukkan bijan. kacau lagi atas api perlahan sehingga sos nampak berkilat.
Jangan risau, sos ni tahan lama. Kalau masuk dalam peti setahun pun boleh tahan.


PS> untuk rasa pedas, mommy blender sedikit cilipadi 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY