"happy birthday to u"
"happy birthday to u"
"happy birthday to aisy aqil danish"
'happy bithday to u"
pap!!pap!!!paP!!! (bunyi tepuk tangan) hehheeh..mummy nyanyi srg2 je..time ni danish & daddy dah selamat belayar..daddy siap bunyi "kroh..kroh..kroh" lg tau!!..danish lak.."hek!!kek!!!" biasala merengek time tido malam..
Alhamdulillah, dah setahun anak mummy. sekejap je rasa..setahun dahh berlalu. hari ni 17/5/2013 genap setahun anak mummy..tp danish lahir kul 10pm..x pe la, mummy wish awal ye sayang..
doa dari mummy...
Selamat hari lahir yang pertama sayang
banyak lagi liku-liku kehidupan yang perlu kau tempuhi
Ya Allah,
panjangkan la usia Aisy Aqil Danish
Murahkan lah rezekinya
permudahkan lah jalan hidupnya
Ya Allah,
sekiranya rezeki Aisy Aqil Danish di langit engkau turunkan lah
sekiranya di laut engkau terapungkan lah
sekiranya di bumi engkau keluarkan lah
sekiranya jauh engkau dekat kan lah
sekiranya sukar engkau permudah kan lah.
Ya Rahman
Sejahtera kanlah kesihatan anak ku
Kekal kanlah kesihatan lahir batinnya
Cerdik kan lah pemikirannya
Tambahkan lah ilmu di dada nya
Berikanlah anak ku rahmat
Redha kan lah perjalanan hidupnya
Semoga mendapat syafaat dunia & akhirat
Ya Rahim
Sayangi lah anakku setiap masa
kabulkanlah segala doa & impiannya
jauhkan lah anakku dari kealpaan duniawi
Kukuhkanlah iman didadanya
Tunjukkan lah anakku jalan yang lurus
Jalan yang di benar
Jalan yang di redhai
Lindungi lah ankku dari tergelincir daripada Rahmat & Rahman mu
Ampuni lah dia sebesar mana pun khilafnya
Selamat hari lahir yang pertama sayang. Ketika ku mengaminkan doa ini hanya rahmat dari mu yang aku harapkan semoga anak kecilku membesar di bawah lembayung mu..Amin..amin yarabbal Alamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan