Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers

Jumaat, 30 November 2012

BUBUR NASI

Salam Jumaat yang penuh barakah. Dengan harapan semoga amalan kita diterima oleh Allah SWT. Amin

Hari ni mummy buat bubur nasi untuk danish. kali ni untuk mempercepatkan proses merebus nasi, mummy ambil 3 cawan beras, cuci sampai bersih dan toskan airnye. Bila beras dah kering, goreng beras bersama daun pandan. Jangan la goreng sampai beras tu perang ok..agak2 air dah kering tu tutup la api. lepas tu, mummy blender jer beras tu. jangan blend sampai hancur..agak2 beras tu pecah2 sudah la..& simpan dalam tupperware..Bila nk masak jer, ambil 2-4 sudu, masukkan air..rebus sampai jadi bubur. Ok, itu cara mummy.

Menu untuk hari ini :
Cara-Cara:

1. Rebus beras 2 sudu besar (boleh 2-4 kali makan)
2. Bila beras dah hancur, masukkan ayam, lobak merah, kismis & Buah badam.
3. Bila ayam dah empuk, biarkan air rebusan kering, masukkan bayam & Tomato.
4. Gaul sebati, jgn lama sangat tau..tak nak nanti bayam lecur. hilang zat nye.
5. Tunggu sejuk & Kisar halus. Tapis.
6. Siap. boleh makan.

 TOmaTo


 BeRaS


 LobAK MEraH

KisMIs


 BayaM


 AyAM


BuaH baDAM

Dah siap ok, semangkok anak mummy makan..sele betul die mamam kan..

ENFALAC A+ until 1 year

Sebelum ni mummy ade bg tau kan..danish genap masuk 6 month, mummy nak tukar susu ke step 2..dari enfalac A+ ke enfapro A+. Genap sekotak (650gm) jer..lebih kurang 4 hari la..danish sempat minum susu enfapro A+ ni. 

Nak tau kenapa mummy tukar balik dari ENFAPRO A+ ke ENFALAC A+ semula? citernyer mcm ni, ms bli susu enfapro tu..dalam beberapa hari guna, daddy danish ade cakap dgn mummy, daddy kata susu Enfalac A+ lagi banyak DHA daripada Enfapro A+. Biasa la, mummy kan degil..apa pn mummy jer yang betul..mummy said, Enfapro tu ade makanan lengkap utk baby 6 month keatas..so daday pn diam la..tp mummy janji dgn daddy nt mummy google tgk betul ke x.

Bila susu enfapro A+ danish dah nk habis..baru mummy sibuk2 dok gugel mengenai perbezaan susu enfalac A+ & susu enfapro A+. so mummy dah dapat jawapan. Betul cakap daddy, DHA di dalam susu enfalac A+ lg banyak daripada susu enfapro A+. Patut la harga pn berbeza, enfapro A+ (650gm-rm56) murah sikit dari enfalac A+.(650gm - rm69.00). Susu ni berbeza harganya di pasaran. Ade setengah cakap kat sensei lagi murah. boleh dapat dalam rm65 utk 650gm. Hr tu daddy beli kat kedah 12 kotak.. so dapat lagi murah..tak sampai rm60 sekotak.

Berapa lama susu ni tahan? urmmm utk danish, susu enfalac A+  tahan dalam 7 hari jer, dalam sebulan tu 5 kotak la juga spare utk susu danish,

 Gud bye enfapro A+


Yeay  Danish dapat balik enfalac A+
mummy nak kasi minum sampai 1 yr.

Ahad, 25 November 2012

PURI BETIK


Buah betik. Mummy gn 1/4 jer. Betik pn x besar sgt..sebiji dl Rm 3

Puri yang dah siap.

Untuk puri betik ni, x payah rebus@ stim ok, betik bersifat lembut..Just lecek@ kisar jer buah ni sampai halus. Terus boleh makan. Mummy x simpan puri betik ni dlm freezer, buat semangkuk untuk sekali makan..kalau ibu yang bekerja tu boleh la buat byk2 & simpan dalam freezer..TP untuk Mummy lebih suka buat bl nk bagi danish makan..sangat fresh..

BUBUR NASI DANISH



sayang mummy

DURIAN CREPE MUMMY

Assalamualaikum, semalam..bangun pg2 jer..tekak Mummy terasa sgt nk Mkn Durian CREPE..nk oder dgn member mummy kat skudai..mcm mls jer nk pickup nanti..hati Mummy ni dok meronta ronta nak buat..time tu daddy g bli sarapan..so terus Mummy sms daddy bli brg2 durian CREPE..lambat woooo Mummy & daddy sarapan..ye la..daddy g kedai jual brg2 bakery kat uda nun..mau x lambat nyer..blik tu daddy singgah bli durian Pulak kat @mart..mak aiiiii..daddy bli durian mcm nk buat Biz CREPE ni jer..daddy bli yg belom kopek..yg dh siap kopek..nahhhh Mummy nk buat sgt..huhuuhuuuu..

So misi Mummy pn bermula..dah siap semua.mummy pn cuba la nk dadarkan CREPE tu dlm kuali biasa, almaklumla..stok kuali non stik tu..x de dlm gobok Mummy..x tau hilang p mana..ni pindah randah py psl la ni..sampi Mummy lupa dok dlm kotak mn..

Ok, utk dadar CREPE ni Mummy ambil kuali biasa tu..Mummy dadar...bukan Mummy derhaka pd resepi, TP Mummy dok membayangkan ala, mcm kita buat ketayap..roti jala tu..mudahkan? Gn kuali basa pn bole..hahahaaaa...experimen Mummy x tepat..CREPE tu jd x cantik looooo..so Mummy buat experimen lg..

Mana g pengukus Mummy?aahhh dh jumpa..so Mummy try buat mcm kulit laksam tu...huhuhu..talak jd loooooo..tu la..wa sudah ckp..lu Jgn itu derhaka pd lesipi maaaa...hahaaaa..

Last2 Mummy kol daddy yg kat opis..ty nk blik kul brape?ckp dgn daddy, Mummy nk jg kuali non stik tu..so daddy ckp x pe, jap g daddy bli..nk saiz apa?alahaiii..susah yer nk ckp..kalau g bli sndr kn sng..sb Mumy pn x tau saiz apa..yg Mummy tau..x nk besar sgt..x nk kecil sgt..so yang daddy bli tu ok la..elok2 jer saiznye.

Ok, Mummy dh try, wowwwww..memg jd..cantik kulit CREPE tu..secantik kulit Mummy..hahaaa..
Okey la, ni Ha resepi nyer..

Bahan2
4 sudu besar tepung naik sendiri
2 sudu besar tepung pau
2 sudu besar tepung ubi kayu
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung 
2 sudu besar tepung kentang
1 tin susu cair
250ml air
2 biji telur
1 sudu teh Esen vanila
1 1/2 sudu besar gula 
1 sudu teh garam
Pewarna kuning

3 sudu besar mentega cair

Filing
Isi durian
Fresh cream- putar sehingga creamy.

Satukan bahan diatas, kecuali mentega, kisar sebati. Simpan di dalam peti ais 1 jam. Keluarkan dari peti ais, masukkn mentega cair, dadarkan adunan tersebut. Angkat, lapiskan cream,isi durian&cream. Balut seperti di dalam gambar. Siap..leh makan..


ni la rupa crepe yang dah siap di dadar, letak cream, isi durian & cream.

pandangan dalam durian crepe

Yang ni time menggatal..sj2 buat simpan dlm freezer..makan sejuk2 sedap.

Selasa, 20 November 2012

LAKSA KEDAH / PENENG

Atas permintaan kawan mummy, kat sini mummy tulis resepi laksa versi mummy ok

LAKSA KEDAH / PENENG
untuk makan 4-6 orang

Laksa 1 paket
Ikan kembung @ Sardin 2kg
Bawang besar 2 biji
Bawang putih 3 ulas
Cili Kering Kisar 1 senduk
Setengah inci belacan
Asam keping
Daun Kesum
Bunga kantan
Sardin 1 tin kecil@sedang 

BAHAN TABUR
Timun
Bawang Besar
Cili Padi
Daun salad
Daun selom (optional)
Telur rebus

CARA-CARA
1. Rendam laksa setengah jam & rebus sampai empuk.
2. Rebus Ikan yang dah di siang & cuci bersih. Masukkan garam & 10 keping asam keping
3. Perisi Isi ikan (Asingkan tulang & Isi)
4. Kisar Isi ikan sampi halus, masukkan dalam periuk besar 
5. Kisar Tulang ikan & tapis dan tuangkan dalam periuk tadi, letak periuk atas api
6. Masukkan cili kisar, belacan, bawang besar, bawang putih yang telah di kisar
7. masukkan daun kesum, bunga kantan, garam, gula & bahan perasa.
8. Masukkan sardin tin.
9.masak hingga mendidih.

BUBUR NASI DANISH

Bila danish dah masuk 6 month, mummy dah mula bagi bubur nasi di campur dgn ayam..sblm ni mummy sediakan bubur nasi bersama buah sahaja untuk danish.
 BADAM

 BROCCOLI

 BERAS

 KISMIS

 BAYAM

AYAM

 DAH SIAP BUBUR YANG D MASAK

 LEPAS BLENDER, TAPIS YER..

TA DAAAAAA...gendang gendut tali kecapi, keyang perot saya suka hati..

Isnin, 19 November 2012

MENU KAYA ZAT BESI


Menu Kaya Zat Besi

p
Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan sekurang-kurangnya dua atau lebih hidangan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan bekalan zat besi dalam tubuhnya mencukupi. Akan tetapi, ramai ibu bapa masih samar tentang apakah makanan yang kaya zat besi.  
Bayi yang baru lahir biasanya mendapatkan zat besi sepenuhnya daripada susu ibu. Namun, setelah berusia di antara empat hingga enam bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi. Oleh itu, mereka perlu dapatkannya daripada makanan pejal yang diambil setiap hari.  Jadi, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan yang kaya dengan zat besi secukupnya.  
Antara makanan kaya zat besi ialah:
  • Hati
  • Daging merah tanpa lemak
  • Makanan laut seperti tiram, salmon, udang dan tuna.
  • Kekacang
  • Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
  • Tauhu
  • Ayam
  • Kuning telur
  • Buah-buahan kering seperti kismis, prun, kurma dan aprikot
Tahukah anda:
Selain berfungsi membentuk sel darah merah yang normal, zat besi memainkan dua lagi  peranan penting dalam tubuh manusia iaitu membawa oksigen masuk ke dalam darah dan membawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dan menjejaskan fungsi otak. Kanak-kanak anemia juga kurang fokus dan kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang memerlukan dia menggunakan mindanya.  

MAKANAN UNTUK MATA


Makanan Untuk Mata Sihat

pix
Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
  

MAKANAN UNTUK OTAK


Makanan Untuk Otak

pix
1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

BAYI SELSEMA


Ubati Bayi Selesema

sdelesema
Jika bayi anda menghadapi selesema, anda boleh amalkan petua orang-orang tua ini. Perahkan limau nipis dan ambil daun sirih lalu celup ke dalam air perahan tadi. Selepas itu, sapukan pada dada dan leher bayi.

NUTRISI UNTUK OTAK


Nutrisi Untuk Otak

gizi
Otak kanak-kanak memerlukan nutrien yang mencukupi agar dapat berfungsi secara optimum. Pada peringkat awal usia, otak kanak-kanak berkembang dengan begitu pesat. Hasilnya, pada usia lima tahun, perkembangan otak mereka sudah mencapai 90 peratus dan kadar tersebut sangat berkait rapat dengan pemakanannya.

Untuk perkembangan otak, ada beberapa nutrisi penting yang diperlukan. Antaranya ialah DHA (asid dokosaheksaenoik), zat besi, zink dan asid folik.

DHA
DHA atau asid dokosaheksaenoik merupakan sejenis asid lemak omega-3 yang boleh didapati dalam setiap sel pada tubuh. DHA penting untuk perkembangan otak, mata dan sistem saraf pusat. Kajian yang dijalankan oleh Perbadanan Keselamatan Pemakanan Eropah (EFSA) mendapati kanak-kanak berusia enam bulan sehingga dua tahun memerlukan sebanyak 100 miligram DHA untuk perkembangan otak mereka.

DHA merupakan elemen utama yang diperlukan untuk membentuk sel membran neuron yang menjadi penghubung antara sel yang lain serta mempengaruhi fungsi neurotransimitter acetylcholine dan membantu sel otak berhubung. Memberi anak diet harian yang kaya dengan DHA akan menjadikannya lebih fokus dan dapat memberi penuh tumpuan ketika bermain dan belajar. Antara makanan yang mengandungi DHA ialah ikan, telur dan ayam.

Zat Besi
Zat besi sangat penting untuk memudahkan pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah dan mencegah anemia. Ketahuilah bahawa otak kanak-kanak sensitif terhadap paras zat besi yang rendah. Kekurangan zat besi yang berlaku di kalangan kanak-kanak boleh merencatkan keupayaan pembelajaran mereka. Pada masa yang sama, kekurangan tersebut turut menyebabkan mereka hilang tumpuan, wujud simptom Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD), pucat dan lesu. Penyelidik mendapati zat besi membantu meningkatkan aktiviti neurotransmiter di dalam otak. Sumber makanan yang kaya zat besi ialah seperti daging merah, hati, limpa, ikan bilis, tauhu dan tempe.

Zink
Zink penting untuk fungsi otak yang betul dan kekurangan zat besi dikaitkan dengan kelemahan kognitif. Kekurangan zink akan menyebabkan tumbesaran kanak-kanak terbantut, penurunan fungsi imuniti dan kurang selera makan. Daging dan makanan laut adalah sumber terbaik zink. Kekacang, germa gandum, bijirin penuh, makanan laut dan daging mempunyai kandungan zink yang tinggi.

Asid Folik
Asid folik yang juga dikenali sebagai folate merupakan mineral yang diperlukan untuk pertumbuhan sempurna bagi seseorang kanak-kanak. Asid ini penting bagi pembinaan DNA dalam setiap sel. DNA berperanan sebagai penyimpan maklumat bagi sel tersebut. Kanak-kanak yang kekurangan asid folik akan letih, lesu, kurang tumpuan, cepat marah dan pelupa. Sayur-sayuran hijau adalah sumber asid folik yang terbaik.

Makanan yang perlu dielakkan :

1. Makanan Bergaram
Makanan yang mengandungi terlalu banyak garam bukan sahaja menjadi pemangkin kepada masalah tekanan darah tinggi dan arteriosclerosis tetapi juga boleh merosakkan arteri. Keadaan ini seterusnya memberi kesan kepada bekalan darah ke tisu otak yang akan menyebabkan sel-sel otak mengalami ischaemia dan hypoxia yang menyebabkan hilang memori dan otak terencat. Keperluan garam bagi tubuh ialah 7 gram untuk orang dewasa dan kurang daripada 4 gram sehari bagi kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa dinasihatkan agar kurangkan memberi anak makanan yang banyak garam seperti jeruk dan makanan ringan.

2. Makanan Yang Mengandungi MSG
Kajian perubatan menunjukkan bahawa ibu hamil yang selalu makan makanan yang mengandungi MSG atau monosodium glutamate pada peringkat akhir kehamilan boleh menyebabkan kekurangan zink pada bayi yang dikandunginya. Kekurangan zink boleh menyebabkan gangguan otak, pertumbuhan terencat, disleksia serta daya tahan penyakit terjejas. Tanda seseorang kanak-kanak itu kekurangan zink dapat dilihat apabila mereka tiada selera, hilang deria rasa dan susah sembuh. Oleh yang demikian, World Health Organization menggalakkan agar wanita hamil dan kanak-kanak tidak diberi makanan yang mengandungi MSG.

3. Plumbum
Kandungan plumbum yang tinggi dalam tubuh sangat membahayakan. Plumbum boleh mengganggu fungsi otak manusia. Kanak -kanak yang terlibat dengan masalah ini boleh menjadi hiperaktif dan mendapat sawan. Umumnya, plumbum yang terdapat di persekitaran boleh diperoleh daripada tanah yang tercemar, serpihan-serpihan cat, debu yang mengandungi plumbum, air yang dimasak atau disimpan di dalam bekas yang mengandungi plumbum, buah-buahan terutama yang berasid yang diletakkan dalam bekas berplumbum dan pensel warna serta warna air (apabila dimasukkan ke dalam mulut).

Dari segi biologi, plumbum sebenarnya tidak mempunyai apa-apa nilai dalam tubuh walaupun di dalam kepekatan yang paling kecil. Oleh itu kepekatan yang paling sesuai bagi kandungan plumbum dalam darah ialah sifar. Kanak-kanak lebih terdedah kepada bahaya dan keracunan plumbum kerana plumbum mudah diserap oleh tubuh yang sedang berkembang. Pengumpulannya di dalam badan yang sedang membesar akan mengganggu pertumbuhan semula jadi sel-sel di dalam tubuh.
Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY