Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie First Birthday tickers

Lilypie First Birthday tickers
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN UNTUK SI MANJA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MAKANAN UNTUK SI MANJA. Papar semua catatan

Ahad, 25 Ogos 2013

MAKANAN TRAVEL DANISH

Masa nak g bercuti tu mommy pening jg dok pikir nak bawa makanan untuk danish. Ye la, skrg anak mommy dah makan..bukan mcm dl..minum susu & nestum je..skrg nestum mn layan dahhh..

So mommy amik kptsn bw buah buahan..sn danish memg suka mkn buah. buah yg mommy bawa epal, anggur, pisang & mango. makanan lain untuk danish mommy bawa madu & oats.

 baby nak mamam!!
organic oat+mango+grapes&banana..sedap tau..mommy pn suka

Khamis, 14 Februari 2013

BUBUR MAKARONI

3 hari lagi danish dah nak masuk 9 bulan. so hari ni mummy dah mula menumis untuk bubur danish. ikutkan hati nak bagi danish cuba makanan yang dah tak kisar, tapi macam tak pecaya jer..takot la anak mummy terlekat nanti sian die kan. 

Yang bestnye, berselera betol danish mamam..siap menjerit jerit lagi takot mummy x nak kasi die makan dah, hehhe anak mummy memang macam ni tau..kalau makan alhamdulillah selera tol die. semangkok tu memang habis punya.

 tengok tu, siap nak menongkat dagu lagi..
dah habis makan sup makaroni semangkok

nii la org cakap gendang gendut tali kecapi,
kenyang perot anak mummy suka la hati.

Bahan-bahan
Makaroni
Isi Ayam
Carrot
Kentang
Bayam
Minyak zaitun/jagung
bawang putih
Bawang besar
Air.

Cara-cara
Rebus makaroni & toskan. Kisar makaroni+carrot+kentang. letak tepi.Panaskan minyak, tumis bawang sehingga naik bau. masukkan isi ayam..kacau sebentar & masukkan air. Masukkan bahan kisar. rebus sehingga carrot & kentang empuk. masukkan sayur bayam. kacau seketika, tutup api. siap.

Bubur makaroni 

Isnin, 19 November 2012

MENU KAYA ZAT BESI


Menu Kaya Zat Besi

p
Secara umumnya, kanak-kanak perlu makan sekurang-kurangnya dua atau lebih hidangan yang kaya dengan zat besi setiap hari untuk memastikan bekalan zat besi dalam tubuhnya mencukupi. Akan tetapi, ramai ibu bapa masih samar tentang apakah makanan yang kaya zat besi.  
Bayi yang baru lahir biasanya mendapatkan zat besi sepenuhnya daripada susu ibu. Namun, setelah berusia di antara empat hingga enam bulan, bayi perlukan lebih banyak zat besi. Oleh itu, mereka perlu dapatkannya daripada makanan pejal yang diambil setiap hari.  Jadi, adalah menjadi tanggung jawab ibu bapa memberi anak-anak mereka makanan yang kaya dengan zat besi secukupnya.  
Antara makanan kaya zat besi ialah:
  • Hati
  • Daging merah tanpa lemak
  • Makanan laut seperti tiram, salmon, udang dan tuna.
  • Kekacang
  • Sayuran hijau seperti bayam dan brokoli
  • Tauhu
  • Ayam
  • Kuning telur
  • Buah-buahan kering seperti kismis, prun, kurma dan aprikot
Tahukah anda:
Selain berfungsi membentuk sel darah merah yang normal, zat besi memainkan dua lagi  peranan penting dalam tubuh manusia iaitu membawa oksigen masuk ke dalam darah dan membawa oksigen ke dalam sel-sel tubuh. Kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia. Anemia boleh menyebabkan keletihan, kegagalan fungsi jantung dan menjejaskan fungsi otak. Kanak-kanak anemia juga kurang fokus dan kurang berminat untuk melakukan aktiviti yang memerlukan dia menggunakan mindanya.  

MAKANAN UNTUK MATA


Makanan Untuk Mata Sihat

pix
Mata merupakan organ tubuh yang penting dan bernilai bagi setiap insan. Oleh itu, jagalah mata sebaiknya. Berikut adalah beberapa fakta pemakanan khas untuk mata sebagai hadiah daripada ibu bapa untuk anak tersayang.
Penjagaan mata sangat penting terutamanya pada peringkat awal perkembangan deria penglihatan. Atas alasan inilah ibu bapa perlu memainkan peranan dan bertanggung jawab untuk memastikan mata anak dijaga sebaiknya. Penjagaan mata bermula dengan makanan untuknya. Sajikan hanya yang terbaik untuk anak anda.
Vitamin-vitamin yang diperlukan oleh mata
Protein
Protein adalah bahan asas yang diperlukan untuk nutrisi, perkembangan dan proses baik pulih tubuh. Protein juga berperanan besar terhadap metabolisme serta pemprosesan bahan kimia dan enzim yang berlaku dalam badan.  
Kalsium
Makanan yang kaya kalsium juga baik untuk mata kerana kalsium berfungsi untuk menghapuskan ketegangan ocular. Kekacang dan produk soya, hasil tenusu, ikan, udang, sotong, walnut, cendawan dan biji teratai adalah antara makanan yang kaya kalsium.
Vitamin A
Vitamin A bagus untuk menangani pelbagai jenis masalah mata termasuklah masalah penglihatan kurang jelas ketika waktu gelap ataupun suram. Makanan yang kaya dengan vitamin A ialah minyak ikan, lobak merah, telur, keju, mentega, susu, sayur-sayuran hijau dan oren.
Vitamin B
Vitamin B kompleks diperlukan untuk memastikan mata terus sihat. Kekurangan vitamin B2 boleh menyebabkan mata berwarna merah, rasa panas, masalah katarak dan sensitif terhadap cahaya yang terang. Makanan yang boleh diambil ialah seperti bijirin, gandum dan ekstrak yis.
Vitamin C
Vitamin C dipercayai mampu mengelakkan mata daripada katarak dan glaukoma. Didapati mata yang sihat mengandungi vitamin C yang banyak. Antara makanan yang kaya vitamin C ialah buah-buahan sitrus, tomato, sayuran berdaun hijau dan kentang.
Vitamin E
Vitamin ini diperlukan untuk menghalang katarak. Ia membantu menyihatkan salur darah dan retina. Sumbernya ialah minyak sayur-sayuran, roti gandum, bijirin, dan sayur-sayuran hijau.
Zink
Zink diperlukan bagi membolehkan retina berfungsi dengan baik. Zink juga diperlukan bagi mengeluarkan vitamin A dari hati untuk digunakan oleh mata. Makanan yang kaya dengan zink ialah daging merah, kekacang, sardin, hati, dan kerang-kerangan.
Tanda-tanda mata kekurangan nutrisi:
  • Sukar menyesuaikan mata dengan perubahan cahaya terutamanya pada waktu malam.
  • Mata rasa kering, gatal, panas dan berwarna merah.
  • Bermasalah untuk memfokus.
  • Sukar untuk memberikan tumpuan terhadap sesuatu objek.
Kesimpulannya, kanak-kanak yang mempunyai masalah seperti yang tercatat di atas, perlulah segera dibawa berjumpa pakar untuk menjalani pemeriksaan mata.
Makanan khas untuk mata:
  • Ikan
  • Hati
  • Labu
  • Lobak merah
  • Bayam
  • Brokoli
  • Tomato
  • Telur
  • Kekacang
  • Air yang banyak
  • Bijirin
Info penting
  1. ‘Xerophthalmia’ ialah masalah penglihatan yang disebabkan oleh kekurangan vitamin A dan boleh dielakkan dengan memakan sayur-sayuran segar, lemak dan protein.
  2. Dua jenis antioksida yang dikenali sebagai ‘carotenoids’ yang dipanggil ‘Lutein’ dan ‘Zeaxanthin’ mampu menyihatkan mata. ‘Lutein’ ada dalam mangga, ‘bilberries’, dan sayuran berdaun hijau. ‘Zeaxanthin’ pula ada dalam brokoli, jagung, salad (kecuali ‘iceberg’), oren, dan telur.
  3. Memasak sayur-sayuran dengan sedikit minyak dalam tempoh yang singkat membantu tubuh menghasilkan Retinol. Retinol ialah vitamin yang penting untuk perkembangan penglihatan dan tulang.
  4. Untuk mata yang sihat, hadkan pengambilan gula, minuman berkarbonat, makanan bergoreng, roti putih, kek, dan coklat.
  

MAKANAN UNTUK OTAK


Makanan Untuk Otak

pix
1. Salmon
Salmon merupakan sumber asid Omega 3 yang sangat baik. Kanak-kanak yang makan salmon sekurang-kurangnya dua kali seminggu akan mempunyai minda yang tajam.
2. Telur
Sumber protein yang sangat mudah boleh didapati daripada telur. Kuning telur mengandungi cholineyang penting untuk perkembangan otak.
3. Mentega kacang
Kacang dan mentega kacang kaya dengan vitamin E iaitu antioksida yang mengawal membran saraf.
4. Bijirin penuh
Otak memerlukan tahap gula secukupnya untuk membekalkan tenaga sepanjang hari. Pengambilan bijirin pada waktu pagi mampu memenuhi keperluan tersebut 
5. Oat
Oat merupakan bijirin untuk otak. Kanak-kanak yang mengambil bijirin ketika bersarapan akan mendapat tenaga pertama untuk otaknya daripada oat. Oat yang kaya dengan serat juga menyediakan tenaga sepanjang pagi untuk anak.
6. Buah beri
Buah-buah beri seperti strawberi, blueberries, ceri mengandungi antioksida yang sangat berkuasa. Vitamin C yang terkandung di dalamnya dikatakan mampu mengelakkan serangan penyakit kanser. Kanak-kanak yang mengambil buah beri secara konsisten akan dapat memperbaiki daya ingatannya.
7. Kekacang
Kekacang merupakan makanan otak yang utama untuk mengekalkan tahap tenaga pemikiran manusia.
8. Sayur-sayuran berwarna-warni
Warna terang pada sayur-sayuran segar sangat baik kerana warna tersebut menandakan kehadiran antioksida padanya selain daripada vitamin dan mineral yang penting. Antioksida mengekalkan sel otak yang kuat.
9. Susu dan yogurt
Protein dan vitamin B yang ada dalam produk tenusu penting untuk pertumbuhan tisu otak, enzim danneurotransmitters. Susu dan yogurt juga kaya dengan protein dan karbohidrat yang merupakan sumber tenaga untuk otak.
10. Daging tanpa lemak
Daging tanpa lemak merupakan antara sumber makanan yang kaya dengan zat besi. Zat besi merupakan mineral yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak dan membantu mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran di sekolah. Daging lembu juga mengandungi zink yang bagus untuk memori.

Jumaat, 9 November 2012

PERKENALKAN MAKANAN PERTAMA BAYI (PURI)

Semenjak si manja mummy danish dah mula tunjuk minat nak makan, tiap2 hari mummy asyik gugel jer makanan untuk bayi...sebenarnye bukan nyer anak tu Xcited sgt..mummy yg lebih2 kan..huhu..adat la..anak sorong..semua nak yang terbaik.

Sebagai rujukan mummy..kat sini ade cara2 nak buat puri untuk  si manja. sebelum ni si manja mummy dah makan puri pisang,epal,pear & yang paling suka puri dalam botol heinz brand..rileks jer die mamamm..buleh habis satu botol sekali makan tau..

sayang mummy
Copyright@segala terkandung adalah hak milik MUMMY AISY